Kari Udang Berkrim dengan Daun Kaduk dalam 3 Hidangan

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang
Kari Udang Berkrim dengan Daun Kaduk
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4 - 6

Kari Udang Berkrim dengan Daun Kaduk

Bahan-bahan

  • 5 sudu besar minyak masak kelapa

  • 4 sudu teh halba campuran

  • 8 tangkai daun kari, dibuang tangkainya

  • 500g udang harimau

  • 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD  

  • 2 sudu teh gula

  • 1 sudu besar garam laut halus

  • 30 helai daun kaduk

  • 1 helai daun kaduk, diracik (untuk hiasan)

  • 1 biji limau kasturi


Pes Kari

  • 2 biji (300g) tomato besar

  • 2 biji (300g) bawang merah

  • 12 ulas (80g) bawang putih

  • 5 biji cili padi

  • 1½ sudu besar serbuk cili

  • 2 ketul halia (bersaiz 2 inci, 40g)

  • 4 sudu besar serbuk kari ikan


Cara Penyediaan

  1. Satukan bahan-bahan pes kari dan kisar sehingga halus.

  2. Panaskan minyak di dalam periuk dengan api sederhana. Masukkan halba campuran, daun kari, dan masak selama 1 minit atau sehingga naik bau.

  3. Campurkan pes kari ke dalam periuk. Tumis sehingga pes naik bau dan pecah minyak selama lebih kurang 15 minit.

  4. Masukkan udang dan masak untuk beberapa minit.

  5. Tuangkan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Perisakan dengan garam dan gula. Kacau rata.

  6. Akhir sekali, masukkan daun kaduk dan masak sehingga daun kaduk menjadi lembut.

  7. Lengkapkan hidangan dengan daun kaduk yang telah diracik dan perahan limau kasturi.


Tip Chef:

Halba campuran (biji halba, jintan manis, biji sawi, jintan putih dan kacang urad dal) boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit India.

Piza Kari Udang Berkrim

Bahan-bahan

  • 1 keping roti piza, bersaiz 10 inci

  • 2 sudu besar sos pasta tomato

  • 4 sudu besar kuah Kari Udang Berkrim (lihat resepi di atas)

  • 3/4 cawan (60g) keju mozzarella parut

  • 5 helai daun kaduk, diracik

  • 6 ekor udang dari Kari Udang Berkrim, dibuang kulit


Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C.

  2. Ratakan sos pasta tomato dan kuah Kari Udang Berkrim ke atas roti piza.

  3. Tabur rata keju mozzarella dan daun kaduk.

  4. Kemudian, susun udang di atas piza.

  5. Bakar selama 5 minit atau sehingga keperangan.


Piza Kari Udang Berkrim
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Hidangan: 6
Mi Kari Udang Berkrim
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Hidangan: 2

Mi Kari Udang Berkrim

Bahan-bahan

  • 1½ cawan (350g) Kari Udang Berkrim bersama 6 ekor udang
    (lihat resepi di atas)

  • 2 ½ cawan (625ml) stok ayam

  • 1/2 sudu teh garam laut halus

  • 1/2 sudu teh gula

  • 1 sudu besar sos ikan

  • 2 mangkuk mi laksa halus, direbus

  • 1 cawan (140g) timun, dibuang biji dan diparut

  • Daun kaduk, diracik

  • 1 biji cili merah, dihiris

  • 1 biji limau kasturi, dibelah dua


Cara Penyediaan

  1. Tuangkan kuah Kari Udang Berkrim, stok ayam dan bahan perisa ke dalam periuk besar. Panaskan dan kacau rata.

  2. Masukkan mi laksa halus dan hirisan timun ke dalam mangkuk hidangan. Cedok sup ke atas mi mengikut selera.

  3. Akhir sekali, hiaskan dengan udang, daun kaduk, hirisan cili merah dan perahan limau kasturi.


Tip Chef:

Untuk rasa yang lebih berkrim, tambahkan Susu Isian Sejat MARIGOLD ke dalam sup.