Yee Sang dengan Sos ‘Celestial’ Emas (BM)

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk Sos Keemasan Kayangan:

  • 2 biji buah pir emas

  • 3 sudu besar minyak masak

  • 3 sudu besar cuka makan

  • ¾ cawan sos plum

  • ¼ sudu teh minyak bijan

  • ¼ cawan air

  • 2 sudu besar jus limau kasturi

  • 1 tin Krimer Manis MARIGOLD

  • 1 sudu besar biji bijan hitam

  • 3 sudu besar buah kundur kering


Bahan-bahan untuk Yee Sang:

  • ½ paket kulit wanton

  • 8 keping ikan salmon segar

  • 1 teh sudu kecil jeruk halia

  • ½ cawan lobak merah, dihiris memanjang

  • ½ cawan cup tembikai wangi, dihiris memanjang

  • ½ cawan kobis ungu, dihiris memanjang

  • ½ cawan timun Jepun, dihiris memanjang

  • ½ cawan lobak putih, dihiris memanjang

  • ½ cawan epal merah, dihiris memanjang

  • ½ cawan walnut, ditumbuk kasar

  • ½ cawan limau bali

  • ¼ cawan kepingan badam

  • 1 sudu besar biji bijan

  • 4 helai daun limau purut

  • 1 sudu teh serbuk “Chinese five-spice”

  • 1 sudu teh lada sulah

  • 1 sudu besar kranberi kering


Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

Sos ‘Celestial’ Emas


  1. Kisar buah pir emas.

  2. Panaskan minyak masak dan tumis buah pir yang telah dikisar selama 3 minit.

  3. Tambah cuka, minyak bijan, jus limau kasturi, air, sos plum sehingga mendidih. Kemudian tambah Krimer Manis MARIGOLD dan kacau lagi sehingga mendidih.

  4. Masukkan biji bijan dan buah kundur kering.


Yee Sang


  1. Ceraikan kulit wanton dan goreng diatas minyak panas selama 30 saat.

  2. Letakkan semua ramuan pada kedudukan yang sesuai. Contohnya, bahan yang sama warna perlu diletakkan pada arah bertentangan.

  3. Tuangkan sos ke atas yee sang, tos dan hidangkan dengan segera.


Tip Chef:

Masak buah pir dengan segera selepas dikisar bagi mengelakkan pengoksidaan.

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)