Sos Mustard Madu dengan Ayam Goreng

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk sos mustard madu

  • ½ tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 100g pati ayam

  • 1½ sudu besar mustard

  • 1½ sudu besar madu

  • 1 sudu besar mentega tanpa garam

  • 2 ulas bawang putih (dicincang)

  • ½ sudu teh serbuk mustard

  • ½ sudu teh tepung gandum

  • ½ sudu teh air

  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk ayam goreng

  • 12 ketul filet ayam

  • 1⁄3 cawan tepung gandum

  • 1⁄3 cawan serbuk roti

  • 2 biji telur

  • ½ sudu teh garam

  • 1 cubit paprika

  • Minyak masak untuk menggoreng


Cara Penyediaan

Ayam goreng


  1. Campur paprika, garam ke dalam mangkuk tepung dan gaul.

  2. Salut ayam dengan lapisan tepung, kemudian dengan telur dan kemudiannya dengan serbuk roti.

  3. Goreng filet ayam tadi sehingga keemasan.


Sos mustard madu


  1. Cincang bawang putih dan campurkan serbuk mustard dengan air sehingga menjadi pes.

  2. Tumis bawang putih dengan mentega sehingga wangi.

  3. Masukkan pes mustard dan tepung, kemudian kacau sehingga pekat.

  4. Masukkan pati ayam, madu, mustard, garam dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

  5. Biarkan selama 5 minit dan kacau secara berterusan.

  6. Sedia untuk dihidang besama ayam goreng.


Tip Chef:

Apabila membersihkan ayam, gosok isinya dengan satu sudu besar garam dan segenggam tepung. Ini dapat menghilangkan lendir dan bau, agar rasanya lebih enak. Bilas ayam dengan air selepas menggosok dengan garam dan tepung.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 5
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)