Rendang Daging dengan Nanas Masakan Utara

Bahan-bahan

  • 700g daging rebus

  • 1 sudu teh garam

  • 1 sudu teh serbuk kunyit

  • 1 sudu besar serbuk cili

  • 1 sudu besar serbuk kari

  • 600ml Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 10g halia

  • 1 biji bawang kecil, dipotong dadu

  • 5 ulas bawang putih

  • 500g nanas panggang, dipotong saiz suapan

  • 125g minyak sapi

  • 4 sudu besar pes cili

  • Garam secukup rasa


Cara Penyediaan

  1. Masukkan daging, garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD di dalam mangkuk besar. Perap selama 4 jam.

  2. Panaskan minyak sapi dan masukkan halia, bawang kecil dan bawang putih. Kemudian masukkan pes cili dan goreng perlahan-lahan sehingga naik bau.

  3. Masukkan ayam, sos perap dan nanas. Renih selama 1 jam sehingga daging menjadi empuk. Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.


Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 1 jam
Hidangan: 4
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)