Puding Kastard dengan Sos Betik Limau Kasturi

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk sos betik limau kasturi:

  • 4½ cawan betik segar, dikupas dan dibuang biji

  • 9½ sudu besar gula

  • 1 tin Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 12 sudu teh jus limau kasturi

  • 4 sudu teh biji kaskas

  • 3 sudu teh madu


Bahan-bahan untuk puding kastard:

  • 8 sudu besar tepung kastard

  • 1¼ cawan gula

  • 1 liter Susu Penuh Krim UHT MARIGOLD

  • ½ cawan air


Cara Penyediaan

Sos betik limau kasturi:


  1. Kisar betik bersama gula dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.

  2. Tapis puri betik bagi mengasingkan ketulan besar (untuk memastikan kelicinan puri betik).

  3. Masukkan jus limau kasturi. Kacau rata.

  4. Tambahkan biji kaskas dan madu. Kacau rata dan ketepikan.


Puding kastard:


  1. Satukan tepung kastard dan gula. Gaul rata.

  2. Campurkan Susu Penuh Krim UHT MARIGOLD dengan air sedikit demi sedikit. Gaul rata.

  3. Panaskan pada api sederhana sehingga campuran mula likat.

  4. Tutup api.

  5. Tuang ke dalam acuan yang dikehendaki dan sejukkan dalam peti sejuk.

  6. Apabila tersedia, hidangkan bersama sos betik limau kasturi.


Tip Chef:

Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus lemon, jika suka.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 10
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)