Pengat Pisang

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar santan segar

  • 2 sudu besar gula putih

  • 15 biji pisang mas, dibelah dua

  • 40g gula Melaka

  • 700ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 100ml Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

  • 4 helai daun pandan, disimpul

  • 1 sudu teh garam

  • 100g biji sago, dimasak


Cara Penyediaan

  1. Panaskan santan, 1 sudu besar gula dan pisang sehingga gula dilarutkan. Ketepikan.

  2. Larutkan gula Melaka dan 1 sudu besar gula dalam periuk, masukkan Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

  3. Kemudian masukkan daun pandan, garam dan pisang. Masak sehingga pisang empuk.

  4. Masukkan biji sago dan masak selama 5 minit sehingga mendidih.


Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 3-4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)