Pasta Pesto Cili Padi Berkrim

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk pasta

  • 600 g spageti dimasak


Bahan-bahan untuk pesto

  • 2 cawan daun selasih segar

  • 1 cawan minyak zaitun

  • 2 sudu besar Krimer Sejat MARIGOLD

  • 4 sudu besar keju parmesan (diparut)

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 sudu besar biji bunga matahari (dipanggang)

  • 24 biji gajus (dipanggang)

  • ½ sudu besar perahan jus lemon

  • 1 biji cili padi

  • Garam dan lada hitam secukup rasa


Cara Penyediaan

Pesto


  1. Gaulkan daun selasih, 20 biji gajus, ½ sudu besar biji bunga matahari, bawang putih, cili padi, jus lemon, garam, lada hitam, keju parmesan dan minyak zaitun menggunakan pemproses makanan sehingga sebati.

  2. Campurkan Krimer Sejat MARIGOLD dan teruskan mengisar, sehingga sebati dan berkrim.

  3. Masak pesto dalam periuk selama 3 minit sambil mengacaunya berterusan.

  4. Rasa dan masukkan perisa secukupnya. Masukkan jus lemon untuk menambahkan rasa masam, parmesan dan garam secukup rasa.

  5. Masukkan baki 4 biji gajus (ditumbuk) dan ½ sudu besar biji bunga matahari.


Pasta


  1. Jerang air dengan sedikit garam dalam periuk sehingga mendidih, masuk pasta dan masak mengikut arahan pada bungkusannya.

  2. Tos pasta dan campurkan dengan sos pesto. Sedia untuk dihidangkan.


Tip Chef:

Letakkan bawang putih tanpa dibuang kulit ke dalam bekas tahan gelombang mikro dan panaskan selama 10-15 minit. Keluarkan dan goncang. Kulit bawang putih akan tertanggal dengan mudah.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 4
Krimer Sejat MARIGOLD (390g)