Lasagne Nasi Lemak

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk sos sambal berkrim:

  • 2 sudu teh belacan

  • 4 biji bawang besar, dihiris

  • 1 cawan cili boh

  • 1 cawan gula

  • 2 sudu besar garam

  • 4 sudu besar pes asam jawa

  • 5 sudu besar tepung serbaguna

  • 3 sudu besar minyak masak

  • 2 cawan air

  • 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 2 cawan daging atau ayam kisar


Bahan-bahan untuk lapisan nasi:

  • ½ cawan beras jepun

  • 2 helai daun pandan

  • ½ cawan santan

  • ½ cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 2 sudu teh garam


Bahan-bahan untuk bumbu:

  • 6 biji telur

  • ½ cawan hirisan timun

  • 4 sudu besar kacang tanah goreng

  • 4 sudu besar ikan bilis goreng


Cara Penyediaan

Sos sambal berkrim


  1. Goreng belacan bersama sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu.

  2. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.

  3. Masukkan gula, garam dan pes asam jawa pada sambal dan ketepikan.

  4. Gaul tepung serbaguna dengan minyak masak sehingga sebati dan menjadi kental.

  5. Panaskan larutan kental dalam periuk dan kemudian masukkan air, sambal dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

  6. Masak sehingga sambal mendidih dan masukkan daging kisar untuk dimasak bersama.

  7. Sejukkan sebelum dihidang.


Lapisan nasi


  1. Gaul beras Jepun dengan daun pandan, santan, Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD dan garam.

  2. Kukus beras selama 15 minit dan kacau nasi.

  3. Teruskan mengukus nasi sehingga 15 minit dan kacau lagi.


Bumbu dan cara susunan


  1. Pukul telur dalam mangkuk dan goreng nipis-nipis dalam kuali.

  2. Sapukan minyak pada permukaan dulang lasagne and lapiskan bersama nasi lemak mengikut susunan berikut: nasi, telur, sambal, timun, nasi, telur, sambal, timun, nasi.

  3. Terbalikkan dulang dan hiaskan lasagne dengan kacang goreng dan ikan bilis goreng.


Tip Chef:

Larutan kental boleh dimasak dahulu sebelum dicampurkan bersama sambal untuk rasa yang lebih enak.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 4
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)