Lasagne Daging Rendang Pedas

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk isian:

  • 600ml Susu Isian Sejat Marigold, 1½ tin

  • 100g kerisek

  • 120g cendawan butang, dipotong 4

  • 4 sudu teh pes tomato

  • 100 -120g buah tomato, kepingan kecil

  • 100 -120g cili lada benggala merah atau hijau, kepingan kecil

  • 4 kiub stok daging

  • 30g daun selasih

  • 300g keju mozzarella

  • 250g kepingan pasta lasagne

  • Rendang daging, dicincangkan


Bahan- bahan ramuan ros bechamel:

  • 1 liter Susu Isian Sejat MARIGOLD, 2½ tin

  • 250g tepung

  • 200g mentega


Bahan- bahan ramuan pes berempah, dikisarkan:

  • 4 sudu teh minyak

  • 100g cili merah

  • 6 btg cili padi

  • 150g bawang

  • 100g halia

  • ¼ cawan air

  • 50g bawang putih


Cara Penyediaan

Isian:


  1. Panaskan minyak, masukkan pes tomato dan tumiskan sehingga minyak bertukar kemerahan. Tuangkan pes berempah dan goreng selama 5 minit.

  2. Biarkan pes pedas ini menggelegak, memasukkan sisa-sisa rendang daging (atau daging kisar) dan kiub stok daging, reneh selama 20 minit.

  3. Masukkan buah tomato, daun selasih, kerisek, cendawan butang segar dan lada benggala merah (atau hijau) yang dipotong kepada kepingan kecil. Kemudian, masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

  4. Sediakan kepingan pasta lasagne seperti yang dicadangkan pada bahagian luar bungkusannya.


Sos Bechamel:


  1. Panaskan mentega, masukkan tepung dan masak sehingga berbuih dan memekat.

  2. Tuangkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan masak sehingga berkrim dan pekat. Ketepikannya.


Cara Susunan:


  1. Sediakan kepingan pasta lasagne dalam talam bakaran 8cm x 8cm.

  2. Letakkan kepingan pasta lasagne pada foil tin.

  3. Sapukan sos béchamel pada kepingan pasta lasagne tersebut.

  4. Tuangkan isian rendang daging pedas tersebut ke atas kepingan lasagne (ulangkan sehingga anda mendapat 4 lapisan) dan taburkan keju mozarella.

  5. Masukkan lasagne ke dalam ketuhar selama 30 minit (pastikan ketuhar dipanaskan dahulu sehingga 180°C).

  6. Hidangkan panas dan nikmatinya!


Tip Chef:

200g mentega boleh digantikan dengan 200g majerin atau minyak masak.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 6
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)