Kek Cawan Kelapa Pandan dengan Frosting Gula Melaka

Bahan-bahan

Untuk membuat mentega pandan:

  • 250g daun pandan, dipotong

  • 550g mentega, masak mentega sehingga cair


Bahan-bahan untuk campuran kek cawan:

  • 160g mentega pandan

  • 90g gula kastor

  • 30ml Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

  • 100g telur

  • 30ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 160g tepung naik sendiri

  • 1 sudu teh serbuk penaik

  • Sedikit garam


Bahan-bahan untuk krim mentega meringue:

  • 225g gula Melaka

  • 4 sudu besar air

  • 150g putih telur

  • 25g gula kastor

  • 250g mentega French


Cara Penyediaan

  1. Masukkan daun pandan ke dalam pengisar. Tuangkan mentega cair dan kisar.

  2. Kemudian tapis mentega pandan dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

  3. Adun mentega pandan dan gula kastor sehingga naik gebu. Masukkan Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD dan telur dan pukul lagi sehingga gebu.

  4. Kemudian masukkan Krimer Sejat MARIGOLD dan gaul.

  5. Masukkan tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam. Masukkan adunan kek cawan ke dalam acuan.

  6. Panaskan ketuhar pada suhu 180?C dan bakar selama 40 minit.

  7. Panaskan gula Melaka dan air dan kacau sehingga larut.

  8. Masukkan putih telur dan gula kastor ke dalam mesin pengadun dan pukul

  9. Kemudian masukkan larutan gula Melaka dan mentega dan pukul sehingga naik gebu.

  10. Hiaskan kek cawan.


Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 30-40 minit
Hidangan: 6
Krimer Sejat MARIGOLD (390g)