Kari Thai Salmon dengan Buah Pear

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk pes kari:

  • 10 ulas bawang putih

  • 30g lengkuas, dihiris nipis

  • 2 akar ketumbar

  • 5 biji bawang kecil

  • 1 serai, dihiris

  • 1 sudu teh belacan

  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus

  • 1 sudu teh biji lada sulah

  • 1 sudu teh garam

  • 4 sudu besar pes cili

  • 1 sudu teh safron

    (dikisar)


Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar santan

  • 1 sudu besar minyak masak

  • ¼ cawan pes kari

  • 1 sudu besar serbuk cili

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD  

  • 50ml pati ayam

  • 1 ekor ikan, dipotong menjadi 5 ketul

  • 1 batang serai

  • 2 biji buah pear, dibuang kulit dan dipotong empat

  • 2 helai daun limau purut

  • ½ sudu teh garam


Cara Penyediaan

  1. Tumis santan, minyak, pes kari dan serbuk cili sehingga naik baunya.

  2. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan pati ayam. Kacau sehingga naik minyak.

  3. Masukkan ikan, serai, buah pear, daun limau purut dan garam. Masak selama 1 minit.


Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 3-4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)