Resipi Sup Stimbot Perayaan

Sup Scallop Kering & Ikan Bilis Harmoni
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 4 jam

Sup Scallop Kering & Ikan Bilis Harmoni

Bahan-bahan

  • 350g ikan bilis, dibilas

  • 2kg isi dan tulang ayam, dicelur

  • 20g gula batu

  • 2 sudu besar biji lada hitam

  • 6 ketul halia sebesar ibu jari (50g), dibuang kulit

  • 80g scallop kering

  • 2 labu (40g) bawang putih panggang, dibuang kulit

  • 6 liter air

  • 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • Garam laut halus secukup rasa


Cara Penyediaan

  1. Tuang 6 liter air ke dalam periuk besar.

  2. Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali Susu Isian Sejat MARIGOLD dan garam laut) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan reneh sekurang-kurangnya selama 4 jam.

  3. Perasakan dengan garam laut. Kemudian campurkan Susu Isian Sejat MARIGOLD ke dalam sup. Kacau rata.

  4. Akhir sekali, tapis sup menggunakan alat penapis ke dalam periuk stimbot


Sup Tom Yam 'Ong Lai'

Bahan-bahan

Stok ayam

  • 6 ½ liter air

  • 3kg isi dan tulang ayam, dicelur


Sup Tom Yam ‘Ong Lai’

  • 6 liter stok ayam

  • 120g lengkuas, dibuang kulit dan dihiris

  • 12 batang serai (240g), dihiris 4 inci dari bawah

  • 30 helai (25g) daun limau purut

  • 12 biji cili padi (mengikut cita rasa)

  • 16 sudu besar (1 cawan) pes cili Thai

  • 16 sudu besar (1 cawan) gula pasir

  • 2 cawan (500ml) sos ikan

  • 6 cawan (800g) nanas, dihiris

  • 1 ½ cawan (350ml) jus limau kasturi

  • 1 cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD


Cara Penyediaan

Stok Ayam

  1. Masukkan ayam yang telah dicelur ke dalam periuk besar. Tuang 6 ½ liter air dan rebus sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan reneh selama 2-3 jam


Sup Tom Yam ‘Ong Lai’

  1. Masukkan stok ayam, lengkuas, serai, daun limau purut dan cili padi dalam periuk besar. Panaskan sehingga mendidih kemudian reneh selama 25 minit.

  2. Perasakan dengan pes cili Thai dan sos ikan.

  3. Tambah kepingan nanas dan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Reneh lebih kurang 5 minit.

  4. Tutup api dan asingkan. Masukkan jus limau kasturi. Boleh juga ditambah gula atau sos ikan jika perlu.

  5. Tapis sup menggunakan penapis halus ke dalam pot stimbot.


Tip Chef:

Gunakan nanas yang segar dan cukup masak untuk mendapatkan rasa manis sup Tom Yam

Sup Tom Yam 'Ong Lai'
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit