Ayam Serai Pedas Dalam 3 Hidangan

Popia Ayam Serai Pedas
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 10 keping

Popia Ayam Serai Pedas

Bahan-bahan

  • 200g dada ayam, dipotong dadu

  • 5 sudu besar minyak masak sayuran

  • 1 biji ubi kentang (150g), dipotong dadu

  • 3/4 cawan (180 ml) Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD


Pes Rempah (inti)

  • 1 biji bawang besar (100g)

  • 3 batang serai (30g), dihiris 4 inci dari bawah

  • 3 biji cili padi (3g)

  • 2 ulas bawang putih (15g)

  • 2 sudu besar urat daun ketumbar, dicincang

  • 1 sudu teh serbuk kunyit


Bahan Perasa

  • 1/4 sudu teh garam laut halus

  • 1/4 sudu teh gula

  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam

  • 1/2 sudu besar kicap cair

  • 1/2 sudu besar sos tiram


Popia

  • 1/4 cawan (45g) lobak merah, diracik

  • 1/4 cawan (45g) lobak putih, diracik

  • 10 helai kulit popia, dinyahbekukan

  • 2 cawan (500ml) minyak masak sayuran untuk menggoreng


Cara Penyediaan

  1. Satukan bahan rempah dan kisar sehingga menjadi pes halus.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan pes rempah dan tumis sehingga pes naik bau dan pecah minyak selama lebih kurang 15 minit.

  3. Masukkan ayam dan ubi kentang. Masak sehingga kelihatan sedikit keperangan kemudian tambah dengan bahan perasa.

  4. Tambahkan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD. Masak pada api yang perlahan tanpa ditutup sehingga kuah menjadi pekat. Kacau berterusan bagi mengelak lapisan bawahnya daripada hangus dan melekat pada kuali.

  5. Tutup api dan ketepikan.

  6. Cedok 1 sudu besar Ayam Serai Pedas ke atas kulit popia. Tambahkan lobak putih dan lobak merah. Gulung padat kemudian lekatkan di hujung gulungan popia tersebut dengan air.

  7. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya di dalam kuali pada api yang tinggi. Masukkan perlahan-lahan beberapa gulung popia ke dalam kuali. Goreng lebih kurang dalam 3 minit atau sehingga kulit popia bertukar keemasan. Ulang sehingga baki popia selesai.


Tip Chef:

Sediakan popia dan simpan di bahagian sejukbeku untuk hidangan pada bila-bila masa.

Salad Wrap Ayam Serai Pedas

Bahan-bahan

  • 1 cawan Ayam Serai Pedas (lihat resipi di atas)

  • 2 batang salad romaine (200g)

  • 2 biji bawang merah (30g), dihiris nipis

  • 1 biji cili merah (8g), dihiris nipis

  • 8 biji limau kasturi, dibelah dua


Cara Penyediaan

  1. Cara menghidang, sendukkan Ayam Serai Pedas ke atas daun salad.

  2. Hiaskan dengan bawang merah dan cili merah. Perahkan dengan limau kasturi.


Tip Chef:

Menyimpan salad dan buah-buahan tinggi-etilena seperti buah avakado dan tomato di dalam bahagian berasingan boleh membantu sayuran dan buahan lain tahan lebih lama.

Salad Wrap Ayam Serai Pedas
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 10 minit
Hidangan: 10 keping
Ayam Serai Pedas dengan Sambal Bendi
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 2

Ayam Serai Pedas dengan Sambal Bendi

Bahan-bahan

  • 1 cawan Ayam Serai Pedas (lihat resipi di atas)


Nasi Bunga Telang

  • 25 kuntum bunga telang segar dan 300ml air panas

  • 1 ½ cawan (200g) beras basmathi panjang


Sambal Bendi

  • 200g cili merah, dicincang

  • ½ biji (50g) tomato

  • 2 biji cili padi (2g)

  • 20g belacan, dibakar

  • 8 biji bendi (150g), dicelur seketika dan dihiris

  • 5 biji bawang merah (45g), dihiris

  • 2 sudu besar jus limau kasturi

  • Gula secukup rasa


Cara Penyediaan

Nasi Bunga Telang

  1. Tuang 300ml air panas ke dalam mangkuk berisi bunga telang. Biarkan ia seketika sehingga air bertukar warna menjadi kebiruan. Kemudian asingkan bunga dari mangkuk.

  2. Campur air berwarna tersebut ke dalam periuk nasi untuk dimasak.


Sambal Bendi

  1. Masukkan cili yang dicincang, tomato dan belacan bakar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan tersebut sehingga halus.

  2. Pindahkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis pada api yang sederhana. Biarkan selama 5 minit atau sehingga pes sambal menjadi sedikit pekat. Kemudian, perasakan dengan gula dan jus limau kasturi secukup rasa.

  3. Masukkan hirisan bawang merah dan kacau rata sambal. Akhir sekali, campurkan dengan bendi celur dan gaul rata.


Tip Chef:

Sediakan beberapa set sambal dan simpan di bahagian sejukbeku.