Sos Keju Pedas dalam 3 hidangan

Kentang Hasselback dengan Sos Keju Pedas
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 8 biji

Kentang Hasselback dengan Sos Keju Pedas

Bahan-bahan

Kentang Hassleback

  • 8 biji ubi kentang (600g)

  • 5 sudu besar minyak zaitun

  • 1/8 sudu teh garam laut halus

  • 1/8 sudu teh lada hitam

  • Daun chives, untuk hiasan


Sos Keju Pedas

  • 140g (lebih kurang 1 cawan) keju cheddar parut

  • 1 sudu teh tepung jagung

  • 2 sudu besar sos pedas Sriracha

  • 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 2 ½ sudu teh serbuk bawang putih

  • 2/3 sudu teh lada sulah

  • 2/3 sudu teh garam laut halus


Cara Penyediaan

Kentang Hasselback

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 250°C.

  2. Alas dulang pembakar dengan kertas aluminium.

  3. Letak ubi kentang di antara dua batang kayu penyepit dan hiris setebal 3mm sehingga paras kayu penyepit.

  4. Sapu sedikit minyak zaitun pada hirisan ubi kentang dan perisakan dengan garam laut halus dan lada hitam.

  5. Tutup dulang pembakar dengan kertas aluminium yang lebih besar dan bakar selama 40 minit.


Sos Keju Pedas

  1. Campurkan keju parut dan tepung jagung ke dalam periuk.

  2. Tuangkan sos pedas Sriracha dan 
    Susu Isian Sejat MARIGOLD.

  3. Masak pada suhu yang rendah dan kacau tanpa henti menggunakan pemukul telur selama 5 minit sehingga keju cair, pekat dan menghasilkan krim yang konsisten.

  4. Perisakan dengan serbuk bawang putih dan lada sulah.

  5. Curah sos keju pedas ke atas kentang hasselback dan hiaskan dengan daun chives. Hidang serta merta.


Tip Chef:

Tambah Susu Isian Sejat MARIGOLD untuk mengurangkan kepekatan sos keju mengikut cita rasa.

Stik Kubis Bunga dengan Sos Keju Pedas

Bahan-bahan

  • 2 biji kubis bunga besar (2kg), dipotong memanjang melalui batangnya menjadi 4 keping ‘stik’

  • 2 sudu besar minyak zaitun

  • 1/4 sudu teh serbuk bawang putih

  • 1/4 sudu teh garam laut halus

  • 1/4 sudu teh lada hitam

  • 1/4 sudu teh serbuk paprika

  • Hirisan daun parsley, untuk hiasan


Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.

  2. Alas dulang pembakar dengan kertas pembakar.

  3. Letak kubis bunga di atas kertas pembakar. Renjiskan dengan minyak zaitun.

  4. Perisakan dengan serbuk bawang putih, garam, lada hitam dan serbuk paprika.

  5. Bakar stik kubis bunga selama 15 minit sehingga hujung stik keperangan dan lembut.

  6. Tuangkan Sos Keju Pedas (lihat resipi di atas) ke atas stik kubis bunga. Hias dengan daun parsley dan hidang serta merta.


Stik Kubis Bunga dengan Sos Keju Pedas
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 4 keping
Makaroni dan Keju Pedas
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)
Masa penyediaan: 10 minit
Hidangan: 2

Makaroni dan Keju Pedas

Bahan-bahan

  • 2 cawan makaroni, dimasak mengikut arahan pada bungkusan

  • 1 cawan (250ml) Sos Keju Pedas (lihat resipi di atas)

  • Daging lembu salai rangup

  • Daun parsley, untuk hiasan


Cara Penyediaan

  1. Tuang Sos Keju Pedas ke atas makaroni dan gaul rata.

  2. Tabur daging lembu salai dan hiaskan dengan daun parsley. Hidang serta merta.