Rendang Rusuk Kambing

Rendang Rusuk Kambing

Bahan-bahan

  • 1kg rusuk kambing, dipotong menjadi saiz suapan

  • 50g serbuk kari daging

  • ¼ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

    (rusuk kambing diperap dengan susu dan serbuk kari)

  • 4 sudu besar minyak masak

  • 1 kulit kayu manis

  • 2 bunga lawang

  • 5 buah pelaga, diketuk

  • 1 cawan air

  • ¾ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 50g gula Melaka

  • 2 sudu besar kerisik

  • 3 daun limau purut

  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 6 cili merah

  • 2 bawang besar, dipotong dadu

  • 6 ulas bawang putih

  • 3cm lengkuas

    (dikisar halus menjadi pes)


Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rusuk kambing yang telah diperap. Goreng selama 2 hingga 3 minit.

  2. Tambahkan air, Susu Isian Sejat MARIGOLD, gula Melaka dan masak di atas api sederhana, kacau selalu sehingga daging menjadi empuk (masukkan air jika kuah kering sebelum daging menjadi empuk).

  3. Masukkan kerisik, daun limau purut dan garam secukup rasa. Masak untuk beberapa minit dan tutup api.


Tip Chef:

Daging kambing tidak akan berbau hamis jika lemaknya dibuang sebelum dimasak.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 6
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)