RENDANG DAGING PEDAS DENGAN DAUN KUNYIT

RENDANG DAGING PEDAS DENGAN DAUN KUNYIT

Bahan-bahan

  • ½kg daging batang pinang, potong kiub

  • 100g Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 100g santan

  • 2 keping asam gelugur

  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis:

  • 1 biji kelapa parut

  • 3 biji bawang besar

  • 5 ulas bawang putih

  • 7 biji bawang merah

  • 1 inci halia

  • 3 inci lengkuas

  • 3 batang serai

  • 3 daun kunyit, dihiris nipis

  • 1 sudu besar biji ketumbar

  • 20 tangkai cili kering

  • 1 sudu besar jintan manis

  • 1 sudu besar serbuk kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 3 kuntum bunga cengkih

  • 4 biji buah pelaga


Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak secukupya dan tumiskan bahan kisar bersama-sama daging, Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD, santan dan asam gelugur. Masak sehingga daging empuk dan pecah minyak.

  2. Masukkan daun kunyit dan hidangkan dengan ketupat atau nasi.


Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 4
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)