RENDANG AYAM JOHOR

RENDANG AYAM JOHOR

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam, dipotong kecil

  • 4 sudu besar puri tomato

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • 2 batang serai, diketuk

  • 2 helai daun limau purut

  • Jus dari setengah biji lemon

  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 2 sudu besar serbuk kunyit

  • 1 sudu teh garam


Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 3 batang serai

  • 2 inci lengkuas

  • 2 biji tomato

  • 5 ulas bawang putih

  • 3 biji bawang besar

  • 4 biji buah keras

  • 20 tangkai cili kering, dibuang biji

  • 5 biji cili merah, dibuang biji


Bahan-bahan untuk ditumis:

  • 3 biji buah pelaga

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 1 batang kulit kayu manis


Bahan hiasan:

  • Daun ketumbar, dicincang

  • Daun bawang, dicincang


Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.

  2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng; goreng ayam sehingga separuh masak.

  3. Dalam kuali berasingan, tumis biji buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Tambahkan puri tomato bersama-sama bahan kisar dan terus tumis sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan ayam diikuti Krimer Sejat MARIGOLD dan gaul rata sehingga semuanya sebati.

  5. Biarkan ayam mereneh dalam kuahnya sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan serai yang diketuk, daun limau purut dan jus lemon.

  6. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tambahkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diingini.

  7. Gaul rata sehingga semuanya sebati dan renehkan sebentar. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang sebelum dihidang bersama nasi atau ketupat.


Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 4
Krimer Sejat MARIGOLD (390g)