Paha Ayam Percik Dipanggang Dengan Arang

Paha Ayam Percik Dipanggang Dengan Arang

Bahan-bahan

Bahan-bahan perapan ayam: (untuk dilumur dan diperap semalaman)

  • 400g paha ayam, dibuang tulang

  • 200g bawang besar, dikisar

  • 60g bawang putih, dikisar

  • 10g serai, dikisar

  • 250g kuah percik (lihat resepi dibawah)

  • 5g daun ketumbar, dicincang halus

  • 5g daun bawang, dihiris halus

  • 5g daun selasih

  • Garam

  • Gula

  • Serbuk kunyit

  • Lada hitam

  • Minyak masak


Bahan-bahan untuk kuah percik:

  • 100g serai, dihiris

  • 10g bawang putih, diketuk

  • 10g cili kering, direndam air panas

  • 5g buah keras, diketuk

  • 10g halia, dihiris

  • 100g bawang merah, dihiris

  • 5g kunyit

  • 130g Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 4g gula

  • 2g garam

  • 50g santan

  • 60g minyak masak

  • 5g mentega kacang


Cara Penyediaan

  1. Kisar halus serai, bawang putih, cili kering, buah keras, halia, bawang merah dan kunyit.

  2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.

  3. Tambahkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, santan, gula, garam dan mentega kacang, masak sehingga kuah pekat. Ketepikan.

  4. Bakar arang ke suhu sederhana panas.

  5. Panggang ayam menggunakan besi pemanggang atau pencucuk buluh, balik-balikkan ayam beberapa kali untuk memastikan ianya masak rata.

  6. Apabila hampir masak, percikkan kuah percik tadi ke atas ayam dan teruskan panggang sehingga masak dan garing.

  7. Panaskan baki kuah percik dan hidangkan bersama ayam.

  8. Hiaskan ayam dengan daun ketumbar, daun bawang dan daun selasih.

  9. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.


Masa penyediaan: 30 minit; 1 hari perapan
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 2
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)