Nasi Daging

Nasi Daging

Bahan-bahan

Bahan-bahan:

  • 1kg daging batang pinang, potong kiub

  • 1kg beras basmati, cuci bersih dan toskan

  • 250g Krimer Sejat MARIGOLD

  • 1.4kg stok daging

  • 5 sudu besar minyak sapi

  • 5 ulas bawang putih

  • 3 biji bawang besar

  • ½ sudu besar jintan manis

  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk ditumis:

  • 3 kuntum bunga lawang

  • 4 kuntum bunga cengkih

  • 5 biji buah pelaga

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 2 inci halia, dihiris nipis

  • 1 helai daun pandan


Bahan untuk hiasan (digoreng dengan minyak sapi):

  • ½ cawan kismis

  • ½ cawan kacang gajus

  • 5 helai daun pudina


Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Rebus daging batang pinang sehingga empuk. Toskan, simpan air rebusan sebagai stok daging untuk memasak nasi nanti.

  2. Panaskan minyak sapi. Kisar bawang putih, bawang besar, jintan manis dan tumiskan bersama bahan kisar sehingga naik bau.

  3. Tambahkan Krimer Sejat MARIGOLD dan masak sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan beras yang dicuci dan kacau selama 3 minit.

  5. Masukkan daging batang pinang bersama stoknya dan perisakan dengan garam secukup rasa, gaul rata.

  6. Kukus beras sehingga masak, kelihatan berderai dan cantik.

  7. Hiaskan nasi dengan kismis, daun pudina dan kacang gajus goreng sebelum dihidang.


Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 4
Krimer Sejat MARIGOLD (390g)