Mee Hoon Siam Johor

Mee Hoon Siam Johor

Bahan-bahan

  • 350g mee hoon

  • 250g udang bersaiz sederhana, bersihkan dan buang urat

  • 1 sudu makan kacang soya masin (taucu)

  • 1 keping tauhu, dikiubkan dan digoreng garing

  • 50g daun kucai cina

  • 100g taugeh

  • 50g pes cili

  • 30g udang kering/ikan bilis

  • 20g pes udang (belacan)

  • 30g kicap pekat manis

  • 10g gula secukup rasa

  • 100g campuran bawang putih dan bawang merah besar

  • 50g Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 150g minyak masak

  • 50g bahan perasa


Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Rendam mee hoon dalam air sejuk untuk sekurang-kurangnya satu jam.

  2. Kisarkan bawang putih, pes udang/belacan, bawang merah besar dan udang kering sehingga menjadi pes halus.

  3. Potong tauhu menjadi kiub kecil dan goreng sehingga garing dan keemasan.

  4. Cuci dan toskan taugeh.

  5. Panaskan minyak dalam pan dan tumiskan pes cili sehingga naik bau.

  6. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.

  7. Tambahkan taucu, mee hoon/bihun dan kicap pekat manis.

  8. Masukkan udang saiz sederhana dan goreng mee hoon/bihun. Kacau dengan perlahan supaya mee hoon/ bihun tidak putus-putus.

  9. Akhir sekali, tambahkan taugeh dan daun kucai.

  10. Masak selama 5 hingga 8 minit lagi dan hidangkan.

  11. Boleh dihiaskan dengan hirisan telur dadar dan daun kucai cina.


Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 2
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)