Kambing Panggang dengan Sos Herba Berkrim

Kambing Panggang dengan Sos Herba Berkrim

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk sos herba berkrim:

  • ½ cawan minyak masak

  • 8 biji cili padi hijau

  • 8 biji cili hijau

  • 25g bawang putih

  • 100g daun pudina

  • 5g daun kesum

  • 80g daun selasih Thai

  • ¼ cawan jus limau kasturi

  • ¼ cawan cuka

  • ½ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • ½ cawan Krimer Manis MARIGOLD


Bahan-bahan untuk kambing panggang:

  • 600g daging kambing tanpa tulang

  • 1 sudu teh serbuk cili

  • 1 sudu besar garam

  • 1 sudu teh gula

  • 1 sudu teh daun rosemary kering

  • 4 sudu teh minyak masak


Cara Penyediaan

Sos herba berkrim


  1. Masukkan kesemua bahan termasuk Susu Isian Sejat MARIGOLD dan Krimer Manis MARIGOLD ke dalam mesin pengisar dan kisar.

  2. Tuangkan campuran ke dalam periuk dan kemudian reneh sehingga mendidih sehingga campuran menjadi warna hijau gelap.

  3. Sejukkan sos pudina sebelum dihidang.


Kambing panggang


  1. Potong daging kambing tanpa tulang dalam bentuk kiub. Campurkan serbuk cili, garam, gula dan daun rosemary kering dengan minyak masak. Perap kiub daging kambing dengan campuran minyak untuk sekurang-kurangnya 4 jam.

  2. Panaskan ketuhar kepda suhu 180°C dan panggang daging kambing selama 35 minit.

  3. Biarkan daging kambing untuk 5 minit sebelum dihidang.


Tip Chef:

Untuk rasa yang lebih enak, sejukkan sos selama 24 jam sebelum dihidang.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40 minit
Masa perapan: 4 jam
Hidangan: 4 jam
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)