DAGING EKSTRA PEDAS MASAK SOS HITAM

DAGING EKSTRA PEDAS MASAK SOS HITAM

Bahan-bahan

  • 350g daging batang pinang, dihiris sederhana tebal

  • 20g halia muda segar

  • 150g bawang merah besar

  • 50g cili merah

  • 50g bawang putih

  • 200g cili padi

  • 100g udang kering

  • 6 batang serai, dititik

  • 150ml kicap pekat manis

  • 50ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • Secubit garam & lada hitam


Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bawang putih, cili merah, cili padi, bawang merah besar dan udang kering sehingga menjadi pes.

  2. Panaskan minyak dalam pan dan tumis pes bahan kisar tadi.

  3. Setelah itu, tambahkan serai dalam pan dan tumis.

  4. Masak sehingga naik bau dan tambahkan Susu Isian Sejat MARIGOLD.  Masukkan daging dan masak sehingga kuah agak pekat sedikit.

  5. Perisakan dengan garam dan lada hitam.


Masa penyediaan: 50 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)