ASAM PEDAS MUAR

ASAM PEDAS MUAR

Bahan-bahan

  • 450g filet ikan merah atau stik jenahak.

  • 150g bawang merah besar

  • 50g bawang putih

  • 100g pes cili kering

  • 100g fpes cili merah segar

  • 50g udang kering

  • 100g bunga kantan

  • 6 batang serai, dititik

  • 100g buah nanas segar, dikisar

  • 200g stok ikan jernih

  • 50g Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 50g jus limau

  • Secubit garam

  • Secubit lada putih

  • Secubit perasa ikan bilis


Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bawang putih, halia, cili merah, cili padi, bawang merah besar sehingga menjadi pes.

  2. Panaskan minyak dalam pan dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

  3. Setelah itu, tambahkan serai yang dititik ke dalam pan bersama tumisan bahan kisar tadi.

  4. Masukkan bunga kantan, nanas yang dikisar dan jus limau.

  5. Tumis sehingga wangi dan tambahkan kepingan jenahak atau ikan merah.

  6. Tuangkan stok ikan ke dalamnya dan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan biarkan reneh dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan ikan masak.


Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)