Salad Tembikai Berkrim dengan Kacang Walnut

Salad Tembikai Berkrim dengan Kacang Walnut

Bahan-bahan

  • ¼ tembikai (rock melon) atau mana-mana jenis tembikai mengikut musim (dipotong dadu)

  • ¼ tembikai susu (dipotong dadu)

  • 1/3 cawan kacang walnut, disangai


Kuah Salad

  • 50 ml Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 2 sudu kecil mayonis

  • 2 sudu besar keju krim

  • 1 sudu besar jus lemon (campurkan  & sejukkan)

  • Sedikit  emping cili untuk hiasan (pilihan)


Cara Penyediaan

  1. Campurkan kedua-dua jenis  tembikai  ke dalam mangkuk.  Masukkan  kuah salad dan gaulkan serta taburkan kacang walnut di atasnya.

  2. Hidangkan segera dan taburkan sedikit emping cili di atas salad. (jika anda suka)


Tip Chef:

Jenis tembikai manis yang lain juga boleh digunakan

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 6
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)