Rojak Asma

Rojak Asma

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 200g kacang tanah, disangai dan ditumbuk

  • 100g keledek, dipanggang dan dilenyek

  • 50g Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 1 sudu besar bijan putih, disangai

  • 50g gula Melaka

  • 200g air asam jawa

  • 30g minyak masak


Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 20 ulas bawang putih

  • 20 tangkai cili kering, direndam air panas

  • 3 biji bawang merah

  • 1 biji bawang merah besar

  • 1 inci kunyit

  • 2 inci halia

  • 10g udang kering berkualiti tinggi

  • 30g minyak masak


Bahan untuk hiasan:

  • Tempe goreng

  • Bebola ikan goreng

  • Telur rebus

  • Keropok udang


Cara Penyediaan

  1. Kisar bawang putih, cili kering, bawang merah, bawang merah besar, kunyit, halia, udang kering dan minyak masak.

  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

  3. Masukkan kacang tanah, keledek, Susu Isian Sejat MARIGOLD, bijan putih, gula Melaka, air asam jawa dan perisakan dengan garam dan lada sulah.

  4. Hidangkan dengan tempe goreng, bebola ikan goreng, telur rebus dan keropok udang.


Masa penyediaan: 1-2 jam
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)