"Rising Fortune Wrap"

"Rising Fortune Wrap"

Bahan-bahan

  • 500g dada ayam tanpa kulit, dikisar

  • 1 sudu besar sos soya cair

  • 1 sudu besar sos makanan laut

  • 4 sudu besar Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 1 sudu besar minyak bijian

  • ½ sudu besar garam

  • 2 sudu teh tepung ubi kentang

  • 1 sudu besar halia cincang

  • 1 lada benggala merah kecil, dihiris nipis

  • 8 jagung kecil, dihiris tebal

  • 4 cendawan shitake, dipotong dadu

  • 1 sudu besar sos tiram

  • 10 hingga 12 helai daun salad


Hiaskan:

  • Daun ketumbar


Cara Penyediaan

  1. Campurkan daging ayam kisar dengan sos soya cair, sos makanan laut, Susu Isian Sejat MARIGOLD, minyak bijian, garam dan tepung ubi kentang. Perapkan selama 20 minit.

  2. Panaskan 3 sudu teh minyak masak dan gorengkan daging ayam kisar yang diperap untuk 2 minit (api besar). Letakkan di atas pinggan sisi.

  3. Panaskan 1 sudu besar minyak masa di dalam kuali bersih, tumiskan halia sehingga wangi, masukkan cendawan, lada benggala merah, jagung kecil dan masakkan selama 1 minit, kemudian masukkan sos tiram dan daging ayam. Tutupkan api selepas masak.

  4. Cedokkan campuran daging ayam ke atas pinggan dengan daun salad disekeliling untuk dibalut.


Tip Chef:

Kulit popia Tortilla atau Vietnam juga sesuai digunakan

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 8
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)