Kerabu Udang Petai Berkrim dengan Belacan

Kerabu Udang Petai Berkrim dengan Belacan

Bahan-bahan

  • 5 ekor udang besar, dikukus dan dibelah dua

    50g petai, dipotong memanjang

    3 biji bawang besar, dihiris nipis

    10 biji tomato ceri, dibelah dua

    ¼ nanas, dipotong baji

    2 ranting daun pudina, guna daun sahaja


Bahan-bahan untuk sambal belacan:

  • 100g cili merah

  • 30g pes belacan, dibakar (tumbuk cili dan belacan bersama)

  • 1 sudu besar gula

  • 1 sudu besar jus calamansi

  • 6 sudu besar Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 2 sudu besar kacang goreng, dibuang kulit dan ditumbuk kasar


Cara Penyediaan

  1. Campurkan2 sudu besar pes sambal belacan, campurkan dengan gula, jus calamansi dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

  2. Gaul udang, petai, bawang besar, buah tomato, nanas dan daun pudina dalam mangkuk hidang.

  3. Sebelum menghidang, gaul rata kerabu dengan sos. Tabur kacang di atasnya.


Tip Chef:

Petai boleh dikeluarkan jika anda tidak suka dan ini tidak akan menjejaskan rasanya.

Masa penyediaan: 20 Minit
Masa memasak: 10 Minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)