Milkshake Jagung Gula Melaka

Milkshake Jagung Gula Melaka

Bahan-bahan

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • ½ tin jagung manis

  • 6 cedok aiskrim vanila

  • 150ml air sejuk

  • 2-3 sudu besar sirap gula Melaka bagi setiap hidangan


Cara Penyediaan

  1. Campurkan Krimer Sejat MARIGOLD dengan bahan-bahan lain kecuali gula Melaka di dalam pengisar. Kisar sehingga halus dan sebati.

  2. Bahagikan campuran mengikut jumlah gelas dan tambahkan 2 atau 3 sudu besar gula Melaka ke dalam setiap gelas.


Tip Chef:

Isi jagung yang direbus segar juga boleh digunakan untuk resipi ini.

Masa penyediaan: 10 minit
Hidangan: 4-5
Krimer Sejat MARIGOLD (390g)