Milkshake Espresso

Milkshake Espresso

Bahan-bahan

  • 1 liter aiskrim vanila

  • 250ml Krimer Sejat MARIGOLD, disejukkan di dalam penyejuk beku selama 1 jam

  • 4 sudu besar serbuk kopi segera

  • 2 sudu besar air panas

  • Serbuk kopi untuk hiasan


Cara Penyediaan

  1. Larutkan serbuk kopi segera dengan air panas.

  2. Ceduk keluar 4 sudu besar aiskrim dan simpan dalam penyejuk beku.

  3. Letakkan baki aiskrim vanila, Krimer Sejat MARIGOLD  dan kopi ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati dan tuangkan ke dalam gelas.

  4. Letakkan seceduk aiskrim dari penyejuk beku diatasnya dan tabur dengan serbuk kopi.


Tip Chef:

Sukatan serbuk kopi segera boleh diubah sesuai dengan citarasa anda.

Masa penyediaan: 10 minit
Hidangan: 4
Krimer Sejat MARIGOLD (390g)