Ice Blended Coffee

Ice Blended Coffee

Bahan-bahan

  • 1 ½ cawan ais hancur

  • ¾ cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 3 sudu besar Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

  • 1 sudu teh esen kopi

  • Krim Putar

  • Sos coklat atau sos karamel


Bahan-bahan campuran kopi:

  • 3 sudu besar butir kopi

  • 3 sudu besar air panas

  •  (dicampur)


Cara Penyediaan

  1. Masukkan ais, campuran kopi, Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD, Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD, esen kopi di dalam pengisar elektrik dan kisarkan selama 1 minit.

  2. Tuangkan campuran ke dalam gelas. Letakkan krim putar diatas dan kemudian tuangkan sedikit sos coklat atau sos karamel.


Tip Chef:

Untuk menyejukkan minuman untuk tempoh yang lebih lama, letakkan gelas di dalam peti sejuk untuk setengah jam sebelum dihidangkan.

Masa penyediaan: 10 minit
Hidangan: 2
Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD (390g)